Wednesday, September 15, 2010

Pengenalan kepada Bahasa Melayu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

       Pada hari ini saya ingin membawa kepada pengunjung semua berkaitan asal-usul Bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini kerana sebelum kita pergi lebih jauh dalam menyelami Bahasa Melayu kita haruslah mengenali asal-usul bahasa yang itu sendiri. Disini terdapat beberapa catatan yang mengupas berkaitan asal-usul Bahasa Melayu:

Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645    Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.




Asal Usul Bangsa Melayu
  • Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
  • Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
  • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
  • Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
  • Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
  • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
  • Keturunannya orang Melayu di Malaysia
  • Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
  • Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
  • Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
  • Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
  • Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
  • Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.


Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.







Jasa baik anda semua sangat dihargai oleh saya.



No comments:

Post a Comment