Blog ini didedikasikan bagi membantu para pelajar yang mengalami masalah dalam memahami bahasa melaysia kerana bukan semua yang dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik sekarang. Blog ini juga memberikan ruang dan maklumat tambahan kepada para pelajar atau mana-mana individu yang berminat untuk belajar Bahasa Melayu. Blog ini bukan sahaja memuatkan maklumat berkaitan tatabahasa tetapi hal-hal yang berkaitan Bahasa Melayu
Tambahan lagi,saya cuba untuk menggunakan blog ini sebagai salah satu medium dalam memartabatkan Bahasa Melayu pada masa kini. Hal ini kerana pada zaman sekarang ketika revolusi globalisasi telah mengancam perkembangan bahasa malaysia sebagai bahasa ilmu dikalangan masyarakat melayu sendiri khususnya sehingga bahasa inggeris telah dimartabatkan di tanah air kita. Kesan secara tidak langsung yang dilempiaskan oleh penggunaan luasa bahasa inggeris ini telah menyebabkan Bahasa Melayu itu sendiri tenggelam malah anak-anak muda zaman sekarang ada yang tidak tahu tentang selok-belok bahasa ibunda sendiri.
Saya sedaya upaya saya akan cuba untuk memberikan bantuan yang terbaik bagi sesiapa sahaja yang ingin belajar bahasa malaysia terutamanya para pelajar. Blog ini akan menjadi salah satu sumber kepada para pelajar untuk memantapkan lagi bahasa malaysia mereka malah sabagai ulangkaji bagi mereka dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Disni saya letakkan harapan bagi sesiapa sahaja yang melawat atau menggunakan blog ini memberikan komen atau pendapat,tidak kiralah apa jenis pendapat jua agar dapat membina supaya blog ini akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
"BERILAH PENDAPAT ANDA YANG TERBAIK KERANA ANDA LEBIH ARIF DARIPADA PENULIS"
No comments:
Post a Comment