Wednesday, September 15, 2010

Pengenalan kepada Bahasa Melayu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

       Pada hari ini saya ingin membawa kepada pengunjung semua berkaitan asal-usul Bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini kerana sebelum kita pergi lebih jauh dalam menyelami Bahasa Melayu kita haruslah mengenali asal-usul bahasa yang itu sendiri. Disini terdapat beberapa catatan yang mengupas berkaitan asal-usul Bahasa Melayu:

Asal Usul Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645    Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.




Asal Usul Bangsa Melayu
  • Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
  • Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
  • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
  • Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
  • Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
  • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
  • Keturunannya orang Melayu di Malaysia
  • Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
  • Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
  • Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
  • Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
  • Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
  • Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.


Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.







Jasa baik anda semua sangat dihargai oleh saya.



Sunday, August 22, 2010

Pengenalan kepada Analisis Kesalahan Bahasa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

  Blog ini didedikasikan bagi membantu para pelajar yang mengalami masalah dalam memahami bahasa melaysia kerana bukan semua yang dapat menguasai  Bahasa Melayu dengan baik sekarang. Blog ini juga memberikan ruang dan maklumat tambahan kepada para pelajar atau mana-mana individu yang berminat untuk belajar Bahasa Melayu. Blog ini bukan sahaja memuatkan maklumat berkaitan tatabahasa tetapi hal-hal yang berkaitan Bahasa Melayu

   Tambahan lagi,saya cuba untuk menggunakan blog ini sebagai salah satu medium dalam memartabatkan Bahasa Melayu pada masa kini. Hal ini kerana pada zaman sekarang ketika revolusi globalisasi telah mengancam perkembangan bahasa malaysia sebagai bahasa ilmu dikalangan masyarakat melayu sendiri khususnya sehingga bahasa inggeris telah dimartabatkan di tanah air kita. Kesan secara tidak langsung yang dilempiaskan oleh penggunaan luasa bahasa inggeris ini telah menyebabkan Bahasa Melayu itu sendiri tenggelam malah anak-anak muda zaman sekarang ada yang tidak tahu tentang selok-belok bahasa ibunda sendiri.

   Saya sedaya upaya saya akan cuba untuk memberikan bantuan yang terbaik bagi sesiapa sahaja yang ingin belajar bahasa malaysia terutamanya para pelajar. Blog ini akan menjadi salah satu sumber kepada para pelajar untuk memantapkan lagi bahasa malaysia mereka malah sabagai ulangkaji bagi mereka dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Disni saya letakkan harapan bagi sesiapa sahaja yang melawat atau menggunakan blog ini memberikan komen atau pendapat,tidak kiralah apa jenis pendapat jua agar dapat membina supaya blog ini akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.


 "BERILAH PENDAPAT ANDA YANG TERBAIK KERANA ANDA LEBIH ARIF DARIPADA PENULIS"